JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

Monday, March 26, 2012

Blog sudah pindah daa...

Blog Perpatih sudah berpindah jua ke rumah baru http://perpatihcycling.wordpress.com/. Jika anda mempunyai sebarang cerita atau tips tentang basikal boleh kita kongsikan bersama. Sumbangan anda sangat dialu-alukan. Sekian.

Thursday, March 15, 2012

Perpatih Funride Dengan Kerjasama KOMBES

Assalamualaikum warga Perpatih,

Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Kali terakhir blog ini dikemaskini adalah sepurnama lepas. Semenjak itu, ada beberapa kayuhan yang disertai oleh ahli-ahli Perpatih antaranya Putrajaya Interpark Ride edisi ke-14 (PIPR 14) yang berlangsung pada 26.2.2012. PIPR ini secara keseluruhannya disertai oleh 3075 orang riders (Official Count PIPR) dengan jarak kayuhan lebih kurang 35km.  Jumlah perserta PIPR 14 ini dikatakan paling ramai dalam sejarah PIPR dan layak di iktiraf di dalam Malaysia Books of Records (MBR). Perpatih berbangga dapat turut serta dalam kayuhan yang mendapat pengiktirafan MBR.

Terkini, Perpatih dengan kerjasama Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES) telah menganjurkan satu funride percuma pada 10.3.2012. Kayuhan kali ini disertai oleh lebih kurang 60 orang rider dan melibatkan jarak kayuhan sepanjang 25km. Pelbagai jenis basikal telah digunakan dalam funride kali ini antaranya MTB, Roadbike, Fixie dan BMX.

Pelepasan oleh Ketua Pengarah KOMBES

Riders yang turut serta

Riders


Lagi gambar disini

Kayuhan dimulakan sekitar jam 9 pagi dan berakhir 2 jam kemudian. Jamuan ringan telah disediakan untuk setiap riders. Acara penutup adalah cabutan bertuah di mana tiada rider yang pulang dengan tangan kosong.


Saya bagi pihak Perpatih ingain mengucapkan terima kasih kepada setiap riders yang terlibat pada hari itu. Kepada KOMBES, kami harap banyak lagi acara kayuhan dapat dianjurkan secara bersama dengan KOMBES pada masa hadapan.

Akhir kata BIAR HONGEH JANJI PUEH


Friday, February 3, 2012

Senarai Ahli Berdaftar Kelab Berbasikal Perpatih

Alhamdulillah, pada 11 Disember 2011 yang lalu, Kelab Berbasikal Perpatih telah dengan jayanya menganjurkan acara Kayuhan Santai & Pendaftaran ahli. 


Kepada meraka yang telah berdaftar menjadi ahli, pihak pengurusan Perpatih mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda. 

Setakat ini, kami menawarkan harga istimewa utuk jersi dan t-shirt Perpatih bagi yang telah menjadi ahli. Ahli juga akan mendapat harga istimewa apabila mereka menghantar basikal mereka untuk diservis di Kedai Basikal Lasak Nilai. Kami akan berusaha untuk mengadakan event-event yang terbaik buat anda di masa hadapan. Perancangan juga sedang di buat untuk mendapatkan harga istimewa bagi ahli-ahli Perpatih bagi pembelian barang-barang berbasikal di kedai-kedai sekitar Seremban khususnya dan seluruh Negeri Sembilan khasnya. 

Bagi yang belum menjadi ahli, Perpatih sentiasa terbuka menantikan kehadiran anda ke dalam kelab kami.

Sekian.