JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

Thursday, July 22, 2010

XPDC Kayuhan Senawang- PD 18/7/2010

18 Julai 2010- satu lagi hari bersejarah buat ahli PERPATIH. Seramai 41 pengayuh dan 3 kameraman telah menjayakan kayuhan pada hari itu. Seawal jam 7.30 pagi kami telah berkumpul di depan 7Eleven (bukan penaja) Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan.


XPDC ini telah dilepaskan oleh YB Zaifulbahri Idris, Adun Chembung. Beliau juga telah menyatakan hasratnya untuk berkayuh suatu hari nanti bersama kita. Steady YB, pas ni PERPATIH ada penaung la....(budget kasi lebih skit eh..hahaha)


Antara wajah2 ceria peserta XPDC ini..ada yang dari selayang, ampang, beranang, mantin,rembau dan kebanyakannya dari senawang, pusat operasi PERPATIH.



Datuk Nizam yang amat sporting dari Rembau.


MR HENK from Germany....(betul ker?).....kayuhannya cukup hebat sebab tak banyak cakap, masih dalam proses untuk memahami loghat negeri sembilan...


Antara ajk2 yang dihormati....setiausaha sedang memikirkan program2 yg menarik lagi untuk masa akan datang..sokongan dari ahli-ahli terhadap program ini, amat membanggakan dan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk merancang lebih banyak lagi program kayuhan PERPATIH...


Insan yang paling ceria dan bangga pada hari itu...tengok la muka dia...sandwich tu..dia buat sendiri tau, karipap tu pun dia yg goreng....steady Brader J a.k.a Tuan Presiden


Timberland a.k.a timb presiden a.k.a remy a.k.a the only photographer for nite ride menunjukkan gaya puas hati setelah diberikan tanggungjawab untuk meng 'lead' geng geng laju...


Antara peserta junior yang tidak menyangka dirinya mampu berbasikal hingga ke p.d tanpa menolak...MR BRAD PRIIIT....a.k.a cannondale rider wannabe


Dah konyang sonyum.....



Tuan Presiden dan senior rider, Pak Lan 59, (berkaca mata hitam) melayan tetamu luar dari TEAM MERCURY (AMPANG). Ucapan terima kasih yang istimewa kepada ZUL,JUN dan CHUCK yang sudi melayan PERPATIH..khabarnya diaorang seronok....itu yang kami mahu..

Pihak pengurusan PERPATIH CYCLING COMMUNITY mengucapkan terima mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program XPDC ini.

Insyallah aktiviti-aktiviti seperti ini akan dirancang lagi dan sokongan padu daripada para ahli amatlah dihargai untuk memastikan komuniti ini akan terus berkembang dan meneruskan gaya hidup yang amat sihat ini...

Sekian,
CAMP

Sunday, July 11, 2010

Offroad Menuju Puncak Peninjau 11/7/2010

Mulanya disini.....di belakang Taman Bandar Senawang
36 biji tayar(tak termasuk spare) telah berkumpul untuk memulakan
pendakian pertama.Puncak pylon.


Lepak Jap..

Kesungguhan adik yang bakal amik SPM tahun ini
amatlah dikagumi..hehehe....jgn marah cik normah...


El Presidente terlampau.....sedang merenung masa depan
komuniti yg bakal kehilangan setiausahanya......tapi katanya
perjuangan harus diteruskan...


Puncak Pylon...


Romzie yang baru pulih dari H1n1..mendengar omongan kosong Brad Pritt
yang mengatakan beliau terjumpa najis harimau di atas puncak tadi sambil
cikgu sham hanya tersenyum sinis.


En Rahman a.k.a Ujang Brava juga memiliki tongkat istimewa didalam keretanya
seperti ku..cuma bukan kaler pink..


lorong bukit 'ntah kebilanya nak habis'

Semasa menuruni puncak pylon, kami menyangkakan ada keretapi di dalam hutan
rupa-rupanya...brek yg sudah lama tidak diservis...perjalanan diteruskan ke Puncak Peninjau.
Pada asalnya dalam program hanya Puncak Pylon...tapi setelah Cikgu Bakar selaku ketua kampung sini bersuara...kita teruskan ke Puncak Peninjau...emm..dah setengah jalan baru cakap..so tiada apa yg boleh kami lakukan...melainkan tidak memberitahu rakan2 lain...teruskan jek..jgn tanya2 bila diaorng tanya...jawapan kami..ini lah jalan keluar...

Belum sampai....ada la yg dah sampai seperti saya, cuma kameraman je remy sang timbaland belum sampai...hahaha jgn marah bro..


Jauh datangnya bro ni..dari Pandan Indah


Salah satu nye mat saleh ahli berdaftar yang sah dengan Perpatih..
Mr Henk ....kalau cikgu Bakar setiap petang mendaki di sini, maka Mr Henk ada cara tersendiri
untuk mengekalkan kekuatannya mendaki, tiuP sax.. 3jam sehari.....banyak napeh eh...

YAAA>>>>kami berjaya....walaupun menunngu tuan presiden agak lama untuk sampai ke sini..
(lama bukan sebab presiden slow, tapi lagi seratus meter nak sampai dia dapat panggilan periuk nasi, cust call..so layan la cust dulu...kayuh2 gak..perot nak kono jago)

Sekian....
Camp....

TAMMAT SUDA....

Friday, July 9, 2010

Kayuhan merasmikan jersi rasmi Perpatih

tuan presiden yg paling happy dapat jersi


yeah!!!

Biar hongeh...janji pueh


yg terus pun sudah memadai...yg kanan terlalu gelap

wajah ceria lepas dapat jersey

ahli baru?...mamu..toke rest



Friday, July 2, 2010

Nite Ride- wednesday routine Bukit Putus




Taman Permainan Kami - Trek Perpatih (hanya minda mengatasi segalanya)


Trek utama kami - Trek Perpatih


Perpatih Riders


Di puncak pertama

Penjaga Taman - Cikgu Bakar sedang mengamalkan Tai Chi Kal
Anas sedang memerhatikan beruk sedang berasmara di atas dahan pokok


Pendakian berliku


Puncak Beginner


Model stokin


Di Puncak


Beginner yg seronok dpat daki sampai sini

Taman Tuanku Jaafar from TOPless view


Miss u my buffalo...


Downhill maut- dianggarkan sekurang kurangnya 5 orang perpatih telah menyerahkan tubuhnya ke tanah disini


aa..kan dah kata....ni mangsa yg ke 5 la...


Ujang masih menahan sakit di dada bercampur sakit di hati setelah dinodai semasa downhill

Menuju estate


Anak sungai


Mau balik estate suda...

Lepak estate jap..tunggu van

Hmm...lagi lawa dari FRIM punya

Gaya bebas


Dalam Perpatih ni ramai freelance photographer


Babai...