JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

JERSI JAMBOREE: Logo dan penaja kemudian

Sunday, November 27, 2011

Kayuhan Santai & Pendaftaran Semula Ahli



Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi pengunjung-pengunjung blog rasmi Perpatih.
Sejak kali terakhir blog ini dikemaskini, pelbagai acara dan aktiviti yang telah disertai dan dianjurkan oleh ahli-ahli Perpatih. Antaranya, ialah Perpatih telah dengan jayanya menganjurkan Jamboree - Cabaran Bukit Putus pada 3 April 2011. Kita tidak akan mengulas lanjut tentang penganjuran jamboree tersebut kerana ianya telah pun selesai dianjurkan.

Terkini, Perpatih Cycling Komuniti telahpun berjaya didaftarkan secara rasmi. Secara formalnya, Perpatih kini dekenali sebagai KELAB BERBASIKAL PERPATIH. Bagi yang baru mengenali Perpatih, walaupun nama rasmi Perpatih ini seperti suatu yang eksklusif kerana menggunakan perkataan 'Kelab' tetapi falsafah Perpatih tetap seperti sebagai mana ianya mula-mula ditubuhkan, iaitu Perpatih ini terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau ras. Andainya anda minat berkayuh, Perpatih mengalu-alukan penyertaan anda.

Setelah didaftarkan secara rasmi, kini Perpatih berhajat untuk mengadakan majlis Pendaftaran Ahli dan Kayuhan Santai bagi mengumpulkan seberapa ramai kaki kayuh disekitar Negeri Sembilan.

Majlis ini akan diadakan pada : 11 Disember 2011
Masa : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Paroi

Pendaftaran dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti berbasikal tidak kira anda mempunyai basikal MTB, Roadie, BMX, Fixie, Basikal Tua mahupun Basikal Jipang.

Lucky draw juga akan diadakan selepas kayuhan santai.

Yuran pendaftaran adalah RM20 bagi dewasa dam RM10 bagi pelajar sekolah. Borang pendaftaran boleh di cetak seperti di bawah.






Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Jamari - 0192688529
Nizarimi - 0123890176
Kamarul - 0106000909
Rezar Junk - 0173456982
Adib - 0166789400
Wan Buzz - 0172121144
Bagi yang mempunyai akaun facebook, pertanyaan juga boleh dibuat di http://www.facebook.com/events/249110075146492/

Wednesday, March 16, 2011

PETA KE TEMPAT PERMULAAN- TAMAN BANDAR SENAWANG

Tempat permulaan .GPS: (N 2.693854 E 102.000262) TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN

Panduan Dari EXIT SENAWANG- LEBUHRAYA UTARA SELATAN



PANDUAN DARI LEBUHRAYA LEKAS


Ini adalah Trail Jamboree


ATURCARA MAJLIS

SABTU: 2 APRIL 2011
- PENGAMBILAN 'GOODIES' AWAL BERMULA PADA JAM 2 PETANG SEHINGGA JAM 8 MALAM. SELEPAS JAM 8 MALAM SILA TELEFON 013 2230885- SYAFIQ
-TEMPAT: PEJABAT KRT TAMAN BANDAR SENAWANG (TEMPAT PELEPASAN)

AHAD: 3 APRIL 2011

7 PAGI - PENGAMBILAN 'GOODIES' .

8 PAGI - SAFETY BRIEFING DAN PERSEDIAAN PERMULAAN JAMBOREE.

8.30 PAGI - PELEPASAN PARA PESERTA SELEPAS BACAAN DOA.

1.30 TGH - MAKAN TENGAHARI.

3 PTG - PENYAMPAIAN HADIAH DAN LUCKY DRAW

4 PTG - TAMAT



Sunday, March 6, 2011

SENARAI AKHIR....

PENDAFTARAN TELAH PUN DITUTUP PADA 535 PENYERTAAN...HARAP MAKLUM.


Senarai penuh peserta akhir klik disini https://spreadsheets.google.com/ccc?key=0AoyzibUrCHWAdE9LYm5RODVfdFlMZFFXeEx1X0lNdlE&hl=en#gid=0

Thursday, March 3, 2011

perubahan....


PERUBAHAN VENUE PERMULAAN, TRAIL TETAP SAMA. AKAN DI UPDATE KELAK...TAMAN BANDAR SENAWANG...

GPS : N2 42 E102 0

Tuesday, February 15, 2011

SENARAI PESERTA sila bawa kursor ada kesini...bawah sikit...aaaa...click laa...



TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA 3 MARCH 2011
. Anda dinasihatkan untuk mendaftar awal untuk tempahan jersey. Jika ada pertanyaan atau masalah pendaftaran sila hubungi Kamarul di talian 013 2147816 (email: campro_z@yahoo.com) atau syafiq 013 2230885


Saturday, January 15, 2011

TRAIL PICTURES..


PERPATIH MOUNTAIN BIKE JAMBOREE- CABARAN BUKIT PUTUS 3 APRIL 2011.
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!!!!















Di atas ini hanyalah 15% dari kesuluruhan trek..
dan yang lain akan kekal sebagai misteri..
NILAIKAN LAH.
=)