18 Julai 2010- satu lagi hari bersejarah buat ahli PERPATIH. Seramai 41 pengayuh dan 3 kameraman telah menjayakan kayuhan pada hari itu. Seawal jam 7.30 pagi kami telah berkumpul di depan 7Eleven (bukan penaja) Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan.
XPDC ini telah dilepaskan oleh YB Zaifulbahri Idris, Adun Chembung. Beliau juga telah menyatakan hasratnya untuk berkayuh suatu hari nanti bersama kita. Steady YB, pas ni PERPATIH ada penaung la....(budget kasi lebih skit eh..hahaha)
Antara wajah2 ceria peserta XPDC ini..ada yang dari selayang, ampang, beranang, mantin,rembau dan kebanyakannya dari senawang, pusat operasi PERPATIH.
MR HENK from Germany....(betul ker?).....kayuhannya cukup hebat sebab tak banyak cakap, masih dalam proses untuk memahami loghat negeri sembilan...
Antara ajk2 yang dihormati....setiausaha sedang memikirkan program2 yg menarik lagi untuk masa akan datang..sokongan dari ahli-ahli terhadap program ini, amat membanggakan dan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk merancang lebih banyak lagi program kayuhan PERPATIH...
Insan yang paling ceria dan bangga pada hari itu...tengok la muka dia...sandwich tu..dia buat sendiri tau, karipap tu pun dia yg goreng....steady Brader J a.k.a Tuan Presiden
Timberland a.k.a timb presiden a.k.a remy a.k.a the only photographer for nite ride menunjukkan gaya puas hati setelah diberikan tanggungjawab untuk meng 'lead' geng geng laju...
Antara peserta junior yang tidak menyangka dirinya mampu berbasikal hingga ke p.d tanpa menolak...MR BRAD PRIIIT....a.k.a cannondale rider wannabe
Tuan Presiden dan senior rider, Pak Lan 59, (berkaca mata hitam) melayan tetamu luar dari TEAM MERCURY (AMPANG). Ucapan terima kasih yang istimewa kepada ZUL,JUN dan CHUCK yang sudi melayan PERPATIH..khabarnya diaorang seronok....itu yang kami mahu..
Pihak pengurusan PERPATIH CYCLING COMMUNITY mengucapkan terima mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program XPDC ini.
Insyallah aktiviti-aktiviti seperti ini akan dirancang lagi dan sokongan padu daripada para ahli amatlah dihargai untuk memastikan komuniti ini akan terus berkembang dan meneruskan gaya hidup yang amat sihat ini...
Sekian,
CAMP